Kursus Latihan Pengendali Makanan Fizikal & Online
Kenapa Pekerja Anda Perlu Join Kursus Kami?
Untuk elak daripada dikenakan kompaun.
Anda tahu bagaimana mengelak daripada menjadi penyebab keracunan makanan.
Sijil dapat terus sebaik sahaja kursus tamat.
Adakah Kursus Ini Terlalu Ketat Peraturannya?
Kursus dilaksanakan secara santai tapi sampai.
Tenaga pengajar sangat baik dan peramah, suka bagi lebih info untuk panduan anda.
Kenapa Pekerja Anda Perlu Join Kursus ini?
Pekerja faham dan akan lebih berdisiplin dalam menghasilkan makanan yang bersih dan selamat.
Pekerja anda pasti akan terus membuat tindakan yang sepatutnya sebaik sahaja hadir ke kelas ini.
Siapa yang
Wajib Hadir Kursus?
- Pemilik dan kakitangan restoran, cafeteria, kantin sekolah dan sebagainya.
- Kakitangan pusat asuhan kanak-kanak, taska dan tadika.
- Kakitangan hospital yang mengendali makanan.
- Penjaja pasar malam dan pasar tani yang menjual makanan.
- Kakitangan hypermarket, pasaraya dan kedai-kedai runcit.
- Pekerja-pekerja di kilang-kilang penghasilan makanan.
- Mereka yang ingin mendapatkan lesen menjual makanan dan minuman daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)
- Kakitangan dapur-dapur di hotel-hotel
- Pemandu lori yang membawa makanan dan minuman.
Objektif
Kursus Latihan Pengendalian Makanan
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah tegas dalam meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia dengan meningkatkan kualiti makanan yang berada di pasaran Malaysia.Β
Pelbagai langkah telah diambil dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 diwartakan bagi mencapai tujuan tersebut. KKM telah menguatkuasakan peraturan dimana semua pengendali makanan di Malaysia wajib untuk menghadiri kursus pengendali makanan bagi memastikan pengendali makanan mendapat informasi dan pengetahuan yang tepat dalam membuat, mengendalikan dan menjual produk makanan mereka.
Galeri
Gambar Kursus Latihan Pengendali Makanan Kami
Bayaran Kursus
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan bayaran sebanyak RM 50.00 seorang untuk mengikuti kursus tersebut.
Kursus Pengendalian Makanan Bangi
Untuk pemilik dan kakitangan yang mencari kursus pengendalian makanan Bangi, anda boleh daftar dengan kami kerana kelas kami sangat berdekatan.
Hanya 3 jam sahaja kursus dan mendapatkan sijil
Kursus Pengendalian Makanan yang kami anjurkan hanya mengambil masa selama 3 jam untuk dihabiskan.
Bahaya jika tidak ambil kisah tentang Kursus ini
Tidak tahu tatacara pengendali makanan yang betul sangat sangat bahaya. Bahaya kepada pelanggan ie boleh membawa maut, dan bahaya juga kepada perniagaan anda, dikenakan kompaun dan boleh disita.
Kandungan
Kursus Latihan Pengendalian Makanan
Peserta kursus akan didedahkan dengan kewajipan mereka menghasilkan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan selama 3 jam. Modul tersebut terbahagi kepada 4 seksyen utama iaitu:
- Pengenalan
- Kebersihan Makanan
- Keselamatan Makanan
- Faktor β Faktor Kritikal Keracunan Makanan
Pengetahuan tentang kaedah pengendalian makanan yang betul adalah amat penting dalam usaha menghindar kes-kes keracunan makanan daripada terus berleluasa dan tidak boleh sesekali mengambil mudah terhadapnya.
Penguatkuasaan, Pemantauan dan Kompaun
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pihak Berkuasa tempatan akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kesemua premis-premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan agar peraturan-peraturan kebersihan makanan sentiasa dipatuhi.
Pegawai penguatkuasa mempunyai hak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati tidak patuh kepada peraturan-peraturan tersebut. Bagi individu yang didapti tidak mempunyai sijil kursus pengendali makanan, kompaun tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun akan dikenakan. Hukuman yang sama juga akan diberikan kepada individu yang didapati tidak mengambil pelalian typhoid atau tidak dapat mempamerkan bukti pengambilan pelalian seperti Kad Suntikan atau surat pengesahan oleh doktor yang bertauliah.
Siapa Kami?
Intisar Academy & Consultancy Sdn Bhd (INTACT) yang sebelum ini dikenali sebagai Shazazh Management & Services (SHAZAZHMS) adalah salah sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang telah diakreditasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami telah diamanahkan untuk menjalankan Kursus Latihan Pengendali Makanan di semua jenis premis makanan sebagaimana yang termaktub di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Di samping kebersihan dan keselamatan makanan, kami juga menyediakan perkhidmatan rundingan dan latihan untuk sistem pengurusan HALAL, pembangunan HALAL Assurance System (HAS), pembungkusan makanan dan juga tabiat pemakanan yang baik untuk kesihatan sepanjang hayat dan sebagainya. Maklumat lanjut boleh kunjungi laman web kami https://intisar.com.my/
Sijil sebagai SLPM yang diiktiraf KKM
Contoh sijil untuk peserta kursus
Apa tunggu lagi??? Jom daftar Kursus Latihan Pengendali Makanan bersama kami!!!
Testimoni Para Peserta Program
Selasa lepas, saya ambil peluang hadir ke Kursus Pengendalian Makanan anjuran Shazazh Management & Services.
Selasa lepas, saya ambil peluang hadir ke Kursus Pengendalian Makanan anjuran Shazazh Management & Services. Alhamdulillah, rasa seronok dan termotivasi sgt dapat ber”me time” dgn belajar benda yg kita mungkin dah tahu tapi belum betul-betul apply. Sangat bermanfaat! Bila melibatkan makanan, ia nya melibatkan semua org, sebab semua pun makan dan sediakan makanan kan? Tak… Read more “Selasa lepas, saya ambil peluang hadir ke Kursus Pengendalian Makanan anjuran Shazazh Management & Services.”
Good and full of information.
Good and full of information.
Lancar
Semua berjalan lancar, kuiz-kuiz sangat membantu menambah kefahaman dan membetulkan salah faham. Terbaik! sangat berpuas hati, dan akan ‘recommend’ kepada yang lain. π
Satu kursus yang menarik dan
Satu kursus yang menarik dan members kefahaman yang baik kepada peserta
Banyak perkara baru yang pelajari.
Banyak perkara baru yang pelajari. Disebabkan bidang yang saya belajar sgt jauh dengan pekerjaan sekarang.Amat2 memerlukan.
Mengetahui proses/cara pengendalian makanan dengan
Mengetahui proses/cara pengendalian makanan dengan betul dan secara sistematik disamping contoh-contoh yang menarik. Teruskan berkongsi ilmu dan pengalaman. Terima kasih atas sesi yang bermanfaat.
Lebih banyak.ilmu yang diperolehi. Trainer
Lebih banyak ilmu yang diperolehi. Trainer menggunakkan contoh yang mudah difahami
Jom daftar kursus dengan kami!!!
SEBARANG KEMUSYKILAN DAN PERTANYAAN, SILA AJUKAN KEPADA KAMI MENERUSI BORANG BERIKUT
Isi borang dibawah dan kami akan hubungi anda dengan kadar segera.
- Kursus Kesedaran Halal
- Kursus GMP
- Kursus HACCP
- Audit Dalaman Keselamatan Makanan & Halal
- Rundingan GMP, HACCP & Halal
- Pembangunan Sisten Jaminan Halal
- Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan
- Pembangunan SOP premis makanan
- Pembangunan Manual Sistem Jaminan Halal (HAS)